FIRE EXTINGUSHER
Terdapat dua jenis pemadam api mudah alih yang digunakan di Leong Hup Corp iaitu jenis serbuk kering (dry powder) seberat 9 kg dan gas karbon dioksida (CO2) seberat 2 kg. Kedua-duanya sesuai untuk digunakan mengikut jenis api yang tertulis padanya. Jenis serbuk kering sesuai untuk api Jenis ABC dan api elektrikal, sementara CO2 lebih sesuai untuk B (api cecair) dan api elektrikal sahaja, Selanjutnya rajah dibawah secar ringkas menerangkan jenis api dan alatan yang sesuai untuk memadamkannya.
Nota : Jenis API
A - pepejal kering seperti kertas, kayu, palstik. (pemadam api sesuai : air, debu kering)
B : Api cecair seperti api minyak, api cat, api varnish. (pemadam api sesuai : buih, debu kering, vaporising liquid)
C : Api wap dan gas seperti butana, propane, oxy acetalane , LPG (pemadam api sesuai :debu kering, vaporising liquid, carbon dioksida (CO2))
Api Elektrik (tidak termasuk dalam kelas api. Ianya boleh dipadamkan dengan debu kering, vaporising liquid, carbon dioksida (CO2)
Setiap silinder alat pemadam api (F/E) mempunyai jangkahayat sehingga 10 tahun. Silinder ini perlu diselenggara (service) setiap tahun dan dikeluarkan sijil pemeriksaan oleh pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kepada mereka yang tidak biasa/ tidak tahu menggunakannya, boleh melihat cara penggunaannya → klik disini atau disini
Di Astaka, pearalatan in diservice secara berkala setiap tahun oleh MFE Services Sdn Bhd. (Tel : 06-9856988/8709, fax : 06-9859806)
Disebabkan pada tahun 2021 adanya jangkitan COVID19, kerajaan telah melaksanakan PKP, PPN. Ini menyebabkan kontraktor tidak dapat beroperasi seperti biasa. Sebahagian dari peralatan yang telah tamat tempoh tidak dapat diperbaharui sijilnya
LOKASI FIRE EXTINGUISHER, BREAKGLASS DAN HOSE REEL DI LEONG HUP
Kedudukan tiga peralatan ini (fire extinguisher, hire reel Dan breakglass) diletakkan berdekatan disatu- satu didalam premis. CO2 Pula diletakkan didalam tempat yang mempunyai peralatan elektrik, seperti MSB, Pump room, panel elektrik.
Lokasi peralatan pemadam api (mengikut tingkat) adalah seperti dibawah :-
Tingkat bawah (GF)
Tingkat 1 (1F)
Tingkat 2 (2F)
TINGKAT 3 (3F)
tingkat 4 (4F)
Tingkat 5











No comments:
Post a Comment